Friday, 29 July 2016

1. Apakah tindakan anda jika anda dituduh melakukan jenayah sedangkan anda tidak melakukannya.



Dalam konteks ini ibarat menguji ketabahan dan kesabaran saya dalam tahap yang tinggi.  Ini kerana, bayangkanlah anda telah dituduh melakukan jenayah sedangkan anda tidak melakukannya.  Walaubagaimanapun negara Malaysia mempunyai undang-undang dan setiap kesalahan belum tentu terbukti bersalah sehingga diputuskan oleh mahkamah dengan meneliti beberapa penerangan dan bukti dari semua pihak.  Dengan undang-undang yang diperuntukan, saya akan mempertahan diri di mahkamah di atas pertuduhan yang tidak saya lakukan.  Dalam sistem kehakiman menetapkan hak si tertuduh mempertahankan diri.  Sekiranya, tidak melakukan kesalahan maka Pendakwa akan memohon kepada mahkamah untuk menetapkan tarikh perbicaraan dan saya perlu membayar deposit atau bon dengan penjamin.  Ini bertujuan, kita mencari peguam bela mewakili kita.  Peguam yang dilantik akan memain peranan mencari bukti dan jalan untuk melepaskan kita daripada tuduhan tersebut.  Penerangan daripada saksi diperlukan bagi menjamin kesahihan.  Ianya tidak terus menghukum si pesalah tanpa perbicaraan.  Sebenarnya proses ini memakan masa yang lama, ini bertujuan semua pihak mendapat pembelaan yang setimpal. 
Sepanjang siasatan kes dilakukan, saya perlu membari kerjasama kepada mereka untuk memudahkan menyiasatan.  Info yang diberikan mestilah tepat dan tidak lari sekiranya ditanya lagi selepas ini. Soalan sebegini biasanya ingin menguji samaada info yang diberikan sebelum ini benar atau palsu.  Saya perlu mencari saksi bagi menyokong pembentangan saya membuktikan tidak bersalah.  Sekiranya saya ditahan, saya akan memohon kepada majistret untuk singkatkan atau batalkan pemohonan reman dengan jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sekiranya memerlukan maklumat.  Memberitahu kepada peguam yang dilantik sekiranya rayuan ditolak dan sebarang tindakan atau maklumat yang ingin mereka mahukan mestilah menerusi peguam yang dilantik.
Selain itu, meminta bantuan daripada SUARAM sebagai bantuan kedua.  Ini kerana, saya bimbang akan dikianati dan mungkin pihak yang tidak berpuas hati mencari jalan untuk menghapuskan saksi. Saksi yang dimaksudkan adalah saksi dapat membantu saya membuktikan tidak bersalah.  Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10 ( 1 ) ( a ) memberikan ruang kepada hak kebebasan bersuara, namun dibatasi dengan Perkara 10 di bawah Fasal ( 2 ), ( 3 ) dan ( 4 ) menjelaskan tantang batasan dan sekatan yang bertujuan pengawalan daripad berlakunya perkara negatif kemudian hari kepada masyarakat.  Untuk memberi pembelaan dan menghalang sikap yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan Perkara 10 ( 1 ) ( a ) diwujudkan akta fitnah 1957.  Akta ini bertujuan mengelak masyarakat menjadi mangsa fitnah.  Fitnah merupakan kata-kata yang tidak benar telah disebarkan kepada umum.  Saya akan menggunakan akta ini untuk menpertahankan diri dan menggunakan akta yang sama menghukum orang yang menabur fitnah tersebut. 
Saya yakin, undang-udang yang dijalankan di Malaysia mampu mencari jalan penyelesaian  membela nasib orang tidak bersalah.  Jika memerlukan pertolongan dari pihak menteri dalam negeri atau ahli politik tempatan bagi membantu saya keluar dari masalah tuduhan, saya akan lakukan.




2. Apakah yang anda akan lakukan jika anda kesempitan wang dan tidak dapat menampung keperluan asas anda?



Keperluan asas merupakan elemen penting dalam kehidupan harian.  Kita tidak dapat lari daripada mendapatkan keperluan asas untuk diri dan keluarga.  Saya percaya, ramai orang di luar sana cuba untuk keluar daripada masalah ini.  Lebih menyedihkan, masih ramai individu mengalami kesempitan wang untuk membeli makanan, pakaian dan memberi tempat perlindungan yang selesa dan selamat untuk keluarga mereka.  Oleh itu, adalah penting individu terbabit membuat perancangan yang bijak agar dapat keluar daripada kesempitan wang.
Perkara pertama, mereka boleh mencari kerja sampingan atau erti kata lain dua kerja satu hari.  Pekerjaan kedua mestilah lebih longgar dari segi skop kerja kerana bimbang boleh memudaratkan badan kerana tidak cukup rehat dan tidur.  Hal ini, telah disarankan dan diberi idea oleh sesetengah pemimpin kepada individu yang berpendapatan rendah melakukan dua kerja bagi menampung keperluan kos sara hidup yang semakin meningkat.  Oleh itu, nampak logik dan harus melakukan dua kerja sehari bagi mencukupkan perbelanjaan harian.  Cuma anda lihat di luar sana, ramai penduduk Malaysia sudah mula menjinakkan diri dalam perniagaan diwaktu malam.  Membuka stor burger seperti cendawan tumbuh selapas hujan.  Sekiranya, saya mengalami masalah kesempitan wang, pastinya akan mengambil langkah yang sama membuka stor burger di dapan rumah atau mencari kawasan tumpuan orang ramai.
Kedua, saya akan melaksanakan kaedah berjimat cermat dalam pembelanjaan harian.  Membuat senarai keperluan untuk sebulan sebelum membuat pembelanjaan.  Memanima perbelanjaan dan membeli keperluan penting sahaja.  Harus disiplinkan diri daripada membuat pembelanjaan boros.  Ini kerana, sikap boros menyukarkan diri daripada menabung.  Maka, sikap tersebut sukar keluar dari kelompok kesempitan wang.  Perkara yang menarik sekiranya dapat berkongsi kereta ke tempat kerja.  Ini bukan sahaja boleh menjimatkan kos.  Ianya boleh menggurangkan kesesakan lalulintas.  Disamping itu, akan mengeratkan hubungan antara manusia.
Pada abad kemodenan ini, ramai manusia masih mengalami masalah kesempitan wang.  Perkara ketiga yang boleh dilakukan adalah dengan membuat pinjaman menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.  Pihak Amanah Iktiar Malaysia biasanya akan memberi pinjaman dan harus dibayar semula secara bulanan dengan jumlah mampu bayar.  Ini  adalah inisiatif kerajaan membantu golongan sederhana yang ingin mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.  Menerusi wang pinjaman tersebut dapatlah saya memberi mesin-mesin yang berkaitan dalam menjalankan perniagaan.  Pihak kerajaan menyokong masyarakat menjana pendapatan, secara langsung meningkatkan ekonomi negara.  Tidak perlu bimbang sekiranya tidak ada pengalaman atau pengetahuan selok belok perniagaan kerana TEKUN dan Amanah Rakyat sentiasa membantu.
Ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa meniaga barangan secara online tidak perlu mengeluarkan model sedikit pun.  Ianya hanyalah perlu menjualkan sahaja dengan mempamirkan barangan di dalam intagram, mahupun Facebook.  Sekiranya ada pelanggan online ingin membeli sesuatu barangan.  Proses sangatlah mudah, hanya perlu memberikan kod yang tertera sahaja.  Maka, langkah seterusnya peniaga online tersebut membuat order dari pihak pembekal dengan menggunakan wang dari pelanggan online tersebut. Penghantaran bergantung kepada jarak geografi sesuatu kawasan.  Sebenarnya sesiapa sahaja mampu melakukan kerja lebih dari satu setiap hari.  Cubanya memerlukan pergorbanan masa kepada kedua-dua kerja tersebut.


3. Jika anda dapat mengubah satu peristiwa penting dalam sejarah, peristiwa apakah yang akan anda ubah dan kenapa?


Di dalam kehidupan ini semua manusia ingin hidup dalam keadaan aman damai.  Tetapi malangnya menjadi fitrah manusia akan melakukan kesalahan.  Mengikut telunjuk nafsu tanpa berfikir kesan yang bakal dihadapi.  Manusia lebih suka menegur atau menyalahkan orang lain dapat bentuk kemarahan daripada berunding dengan elok dan bertolak ansur.  Akibatnya, akan tercetusnya pergaduhan hingga mengherat masyarakat yang tidak bersalah bersama dan menjadi mangsa.  Hal ini, pasti terjadi seperti peristiwa Kampung Medan.  Disebabkan keluarga Melayu menengking seorang lelaki India kerana merempuh tapak perkahwinan Melayu kerana membawa motosikal dalam keadaan mabuk.
Peristiwa berdarah ini berlaku di Kampung Medan melibatkan pergaduhan antara India-Melayu pada tanggal 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama lima hari.  Peristiwa ini berlaku melibatkan beberapa buah kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama.  Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan.  Selan itu, pergaduhan ini turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Sungai Way, Bandar Sunway, dan Puchong.  Ketika kejadian ini, saya bekerja di kawasan tersebut dalam Syarikat Telekom Malaysia sebagai Juruteknik bahagian pembaikan talian telepon.  Keadaan pada masa itu amat tegang dan dikawal oleh Polis dan FRU.  Hal ini, menyukarkan kami untuk menjalankan baikpulih kerosakan di kawasan berkenaan.  Melakukan kerja dalam keadaan takut,, kuatir diserang oleh penduduk kawasan berkenaan.  Terdapat kawasan yang tidak dibenarkan kami masuk kerana masih dalam keadaan tegang.
Pada pandangan saya, pergaduhan yang tercetus ini sepatutnya tidak berlaku kerana puncanya amat kecil dan boleh diselesaikan tanpa berlaku pergaduhan.  Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Medan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian.  Majlis perkahwinan diadakan di sebuah rumah orang Melayu.  Sementara jiran Indianya megadakan majlis pengkebumian.  Seorang lelaki berbangsa India dikatakan membawa motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak perkahwinan Melayu.  Ini mengdatang kemarahan orang kampung dan menengking lelaki India tersebut.  Lelaki India tersebut tidak dapat menerima tengkingan kemudiannya mengajak sekumpulan untuk menyerang majlis perkahwinan Melayu tersebut.  Pergaduhan tersebut dipercayai dilakukan oleh orang luar yang dibawa masuk ke Kampung Medan.  Pergaduhan ini melibatkan seramai 200 orang.  Pendudukan setempat berada dalam keadaan ketakutan pada waktu malam.  Masyarakat India berwaspada dan bersiap sedia sekiranya penduduka Melayu datang menyerang mereka.  Manakala Penduduk Melayu berkawal sedia sebarang kemungkinan kerana takut diserang.  Sebenarnya mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana saling mengenali hampir tiga dekad.  Dikatakan samseng-samseng datang  dari luar. 
Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo ketika itu selaku Menteri Besar Selangor bertindak berkawal di kuil Hindu di Kamlung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak.  Beberapa orang yang cedera telah di hantar ke Hospital Universiti di Petaling Jaya.  Pihak Polis dan FRU telah berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama.  Timbalan Menteri ketika itu Datuk Mohamad Jamil Johari.  Seramai 153 orang ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian.  95 orang Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia.  Dilaporkan 37 orang tercedera termasuk 3 India dan 34 Melayu.  Pelbagai senjata diguna dalam pergaduhan tersebut telah dirampas. 

Pada saya, kenapa perkara ini tidak patut berlaku kerana kesan daripada pergaduhan masih diingati dan menjadikan satu tembok pemisah antara dua kaum.  Sekiranya peristiwa ini dapat diubah, saya akan menyelesaikan dengan cara yang betul kerana melibatkan antara jiran.  Sekiranya perkara ini tidak berlaku, pastinya hubungan antara dua kaum ini akan lebih harmoni dan lebih erat tanpa tercalit sejarah hitam.