Keperluan
asas merupakan elemen penting dalam kehidupan harian. Kita tidak dapat lari daripada mendapatkan
keperluan asas untuk diri dan keluarga. Saya
percaya, ramai orang di luar sana cuba untuk keluar daripada masalah ini. Lebih menyedihkan, masih ramai individu
mengalami kesempitan wang untuk membeli makanan, pakaian dan memberi tempat
perlindungan yang selesa dan selamat untuk keluarga mereka. Oleh itu, adalah penting individu terbabit
membuat perancangan yang bijak agar dapat keluar daripada kesempitan wang.
Perkara
pertama, mereka boleh mencari kerja sampingan atau erti kata lain dua kerja
satu hari. Pekerjaan kedua mestilah
lebih longgar dari segi skop kerja kerana bimbang boleh memudaratkan badan
kerana tidak cukup rehat dan tidur. Hal
ini, telah disarankan dan diberi idea oleh sesetengah pemimpin kepada individu
yang berpendapatan rendah melakukan dua kerja bagi menampung keperluan kos sara
hidup yang semakin meningkat. Oleh itu,
nampak logik dan harus melakukan dua kerja sehari bagi mencukupkan perbelanjaan
harian. Cuma anda lihat di luar sana,
ramai penduduk Malaysia sudah mula menjinakkan diri dalam perniagaan diwaktu
malam. Membuka stor burger seperti
cendawan tumbuh selapas hujan.
Sekiranya, saya mengalami masalah kesempitan wang, pastinya akan
mengambil langkah yang sama membuka stor burger di dapan rumah atau mencari
kawasan tumpuan orang ramai.
Kedua,
saya akan melaksanakan kaedah berjimat cermat dalam pembelanjaan harian. Membuat senarai keperluan untuk sebulan
sebelum membuat pembelanjaan. Memanima
perbelanjaan dan membeli keperluan penting sahaja. Harus disiplinkan diri daripada membuat
pembelanjaan boros. Ini kerana, sikap
boros menyukarkan diri daripada menabung.
Maka, sikap tersebut sukar keluar dari kelompok kesempitan wang. Perkara yang menarik sekiranya dapat
berkongsi kereta ke tempat kerja. Ini
bukan sahaja boleh menjimatkan kos.
Ianya boleh menggurangkan kesesakan lalulintas. Disamping itu, akan mengeratkan hubungan
antara manusia.
Pada
abad kemodenan ini, ramai manusia masih mengalami masalah kesempitan wang. Perkara ketiga yang boleh dilakukan adalah
dengan membuat pinjaman menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia. Pihak Amanah Iktiar Malaysia biasanya akan
memberi pinjaman dan harus dibayar semula secara bulanan dengan jumlah mampu
bayar. Ini adalah inisiatif kerajaan membantu golongan
sederhana yang ingin mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Menerusi wang pinjaman tersebut dapatlah saya
memberi mesin-mesin yang berkaitan dalam menjalankan perniagaan. Pihak kerajaan menyokong masyarakat menjana
pendapatan, secara langsung meningkatkan ekonomi negara. Tidak perlu bimbang sekiranya tidak ada
pengalaman atau pengetahuan selok belok perniagaan kerana TEKUN dan Amanah
Rakyat sentiasa membantu.
Ramai
rakyat Malaysia tidak tahu bahawa meniaga barangan secara online tidak perlu
mengeluarkan model sedikit pun. Ianya
hanyalah perlu menjualkan sahaja dengan mempamirkan barangan di dalam intagram,
mahupun Facebook. Sekiranya ada
pelanggan online ingin membeli sesuatu barangan. Proses sangatlah mudah, hanya perlu
memberikan kod yang tertera sahaja.
Maka, langkah seterusnya peniaga online tersebut membuat order dari
pihak pembekal dengan menggunakan wang dari pelanggan online tersebut.
Penghantaran bergantung kepada jarak geografi sesuatu kawasan. Sebenarnya sesiapa sahaja mampu melakukan
kerja lebih dari satu setiap hari.
Cubanya memerlukan pergorbanan masa kepada kedua-dua kerja tersebut.
No comments:
Post a Comment