Dalam
konteks ini ibarat menguji ketabahan dan kesabaran saya dalam tahap yang
tinggi. Ini kerana, bayangkanlah anda
telah dituduh melakukan jenayah sedangkan anda tidak melakukannya. Walaubagaimanapun negara Malaysia mempunyai
undang-undang dan setiap kesalahan belum tentu terbukti bersalah sehingga
diputuskan oleh mahkamah dengan meneliti beberapa penerangan dan bukti dari
semua pihak. Dengan undang-undang yang
diperuntukan, saya akan mempertahan diri di mahkamah di atas pertuduhan yang
tidak saya lakukan. Dalam sistem
kehakiman menetapkan hak si tertuduh mempertahankan diri. Sekiranya, tidak melakukan kesalahan maka
Pendakwa akan memohon kepada mahkamah untuk menetapkan tarikh perbicaraan dan
saya perlu membayar deposit atau bon dengan penjamin. Ini bertujuan, kita mencari peguam bela
mewakili kita. Peguam yang dilantik akan
memain peranan mencari bukti dan jalan untuk melepaskan kita daripada tuduhan
tersebut. Penerangan daripada saksi
diperlukan bagi menjamin kesahihan.
Ianya tidak terus menghukum si pesalah tanpa perbicaraan. Sebenarnya proses ini memakan masa yang lama,
ini bertujuan semua pihak mendapat pembelaan yang setimpal.
Sepanjang
siasatan kes dilakukan, saya perlu membari kerjasama kepada mereka untuk
memudahkan menyiasatan. Info yang
diberikan mestilah tepat dan tidak lari sekiranya ditanya lagi selepas ini.
Soalan sebegini biasanya ingin menguji samaada info yang diberikan sebelum ini benar
atau palsu. Saya perlu mencari saksi
bagi menyokong pembentangan saya membuktikan tidak bersalah. Sekiranya saya ditahan, saya akan memohon
kepada majistret untuk singkatkan atau batalkan pemohonan reman dengan jaminan
akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sekiranya memerlukan
maklumat. Memberitahu kepada peguam yang
dilantik sekiranya rayuan ditolak dan sebarang tindakan atau maklumat yang
ingin mereka mahukan mestilah menerusi peguam yang dilantik.
Selain
itu, meminta bantuan daripada SUARAM sebagai bantuan kedua. Ini kerana, saya bimbang akan dikianati dan
mungkin pihak yang tidak berpuas hati mencari jalan untuk menghapuskan saksi.
Saksi yang dimaksudkan adalah saksi dapat membantu saya membuktikan tidak
bersalah. Perlembagaan Persekutuan di
bawah Perkara 10 ( 1 ) ( a ) memberikan ruang kepada hak kebebasan bersuara,
namun dibatasi dengan Perkara 10 di bawah Fasal ( 2 ), ( 3 ) dan ( 4 )
menjelaskan tantang batasan dan sekatan yang bertujuan pengawalan daripad
berlakunya perkara negatif kemudian hari kepada masyarakat. Untuk memberi pembelaan dan menghalang sikap
yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan Perkara 10 ( 1 ) ( a ) diwujudkan
akta fitnah 1957. Akta ini bertujuan
mengelak masyarakat menjadi mangsa fitnah.
Fitnah merupakan kata-kata yang tidak benar telah disebarkan kepada
umum. Saya akan menggunakan akta ini
untuk menpertahankan diri dan menggunakan akta yang sama menghukum orang yang
menabur fitnah tersebut.
Saya
yakin, undang-udang yang dijalankan di Malaysia mampu mencari jalan
penyelesaian membela nasib orang tidak
bersalah. Jika memerlukan pertolongan
dari pihak menteri dalam negeri atau ahli politik tempatan bagi membantu saya
keluar dari masalah tuduhan, saya akan lakukan.
No comments:
Post a Comment