Di
dalam kehidupan ini semua manusia ingin hidup dalam keadaan aman damai. Tetapi malangnya menjadi fitrah manusia akan
melakukan kesalahan. Mengikut telunjuk
nafsu tanpa berfikir kesan yang bakal dihadapi.
Manusia lebih suka menegur atau menyalahkan orang lain dapat bentuk
kemarahan daripada berunding dengan elok dan bertolak ansur. Akibatnya, akan tercetusnya pergaduhan hingga
mengherat masyarakat yang tidak bersalah bersama dan menjadi mangsa. Hal ini, pasti terjadi seperti peristiwa
Kampung Medan. Disebabkan keluarga
Melayu menengking seorang lelaki India kerana merempuh tapak perkahwinan Melayu
kerana membawa motosikal dalam keadaan mabuk.
Peristiwa
berdarah ini berlaku di Kampung Medan melibatkan pergaduhan antara India-Melayu
pada tanggal 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama lima hari. Peristiwa ini berlaku melibatkan beberapa
buah kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Kampung
Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana
kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan. Selan itu, pergaduhan ini turut merebak ke
Petaling Jaya, Jalan Gasing, Sungai Way, Bandar Sunway, dan Puchong. Ketika kejadian ini, saya bekerja di kawasan
tersebut dalam Syarikat Telekom Malaysia sebagai Juruteknik bahagian pembaikan
talian telepon. Keadaan pada masa itu
amat tegang dan dikawal oleh Polis dan FRU.
Hal ini, menyukarkan kami untuk menjalankan baikpulih kerosakan di
kawasan berkenaan. Melakukan kerja dalam
keadaan takut,, kuatir diserang oleh penduduk kawasan berkenaan. Terdapat kawasan yang tidak dibenarkan kami
masuk kerana masih dalam keadaan tegang.
Pada
pandangan saya, pergaduhan yang tercetus ini sepatutnya tidak berlaku kerana
puncanya amat kecil dan boleh diselesaikan tanpa berlaku pergaduhan. Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di
Kampung Medan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis
pengkebumian. Majlis perkahwinan
diadakan di sebuah rumah orang Melayu.
Sementara jiran Indianya megadakan majlis pengkebumian. Seorang lelaki berbangsa India dikatakan
membawa motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak perkahwinan
Melayu. Ini mengdatang kemarahan orang
kampung dan menengking lelaki India tersebut.
Lelaki India tersebut tidak dapat menerima tengkingan kemudiannya
mengajak sekumpulan untuk menyerang majlis perkahwinan Melayu tersebut. Pergaduhan tersebut dipercayai dilakukan oleh
orang luar yang dibawa masuk ke Kampung Medan.
Pergaduhan ini melibatkan seramai 200 orang. Pendudukan setempat berada dalam keadaan
ketakutan pada waktu malam. Masyarakat
India berwaspada dan bersiap sedia sekiranya penduduka Melayu datang menyerang
mereka. Manakala Penduduk Melayu
berkawal sedia sebarang kemungkinan kerana takut diserang. Sebenarnya mereka tidak takut akan
jiran-jiran mereka kerana saling mengenali hampir tiga dekad. Dikatakan samseng-samseng datang dari luar.
Datuk
Seri Dr Mohamed Khir Toyo ketika itu selaku Menteri Besar Selangor bertindak
berkawal di kuil Hindu di Kamlung Medan agar orang-orang Melayu tidak
bertindak. Beberapa orang yang cedera
telah di hantar ke Hospital Universiti di Petaling Jaya. Pihak Polis dan FRU telah berkawal di
beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Menteri ketika itu Datuk Mohamad
Jamil Johari. Seramai 153 orang ditahan
kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang Melayu, 56 orang India dan 2 warga
Indonesia. Dilaporkan 37 orang tercedera
termasuk 3 India dan 34 Melayu. Pelbagai
senjata diguna dalam pergaduhan tersebut telah dirampas.
Pada
saya, kenapa perkara ini tidak patut berlaku kerana kesan daripada pergaduhan
masih diingati dan menjadikan satu tembok pemisah antara dua kaum. Sekiranya peristiwa ini dapat diubah, saya
akan menyelesaikan dengan cara yang betul kerana melibatkan antara jiran. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, pastinya
hubungan antara dua kaum ini akan lebih harmoni dan lebih erat tanpa tercalit
sejarah hitam.
Blog anda nampak ringkas dan anda tidak memanfaatkan medium ini.
ReplyDelete